‘Kami dah refund & minta maaf’ – Keda Makang tampil beri penjelasan

LocalFood
22 Mar 2025 • 12:47 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Selepas tular video pelanggan meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat berbuka puasa walaupun telah membuat tempahan dan bayaran awal, pihak restoran masakan Terengganu, Keda Makang tampil memberi penjelasan serta memohon maaf atas kejadian tersebut.

Dalam kenyataan di ruangan komen video tersebut, pihak Keda Makang menyatakan mereka sudah memohon maaf kepada keluarga terbabit dan turut memulangkan semula bayaran penuh yang telah dibuat.

“Semoga kecaman dan hentaman dari anda akan berganti kebaikan. Alhamdulillah, rezeki datang dari Allah… Kami dah minta maaf & full refund, cukup sekadar itu yang kami boleh buat kepada keluarga berkenaan. Terima kasih,” kata mereka.

Pihak restoran turut menjelaskan konsep sebenar operasi mereka adalah secara layan diri, di mana pelanggan perlu beratur untuk memilih makanan, sama ada datang secara walk-in atau hanya menempah meja.

Namun, dalam kes tular berkenaan, berlaku kekeliruan apabila pihak restoran menerima permintaan khas untuk menempah dan menyediakan makanan lebih awal di atas meja — di luar kebiasaan operasi mereka.

Menurut Keda Makang, jumlah pelanggan walk-in dan tempahan bawa pulang (take away) yang terlalu ramai bermula jam 4 petang hingga waktu berbuka menyebabkan mereka tidak mampu memberikan layanan terbaik kepada pelanggan yang membuat tempahan awal.

“Kami mohon maaf atas kejadian yang berlaku. Ia bukan disengajakan,” ujar mereka.

View Original Article