“Kami Feminin..” – Heechul & Jang Geunsuk Ulas Gosip Cinta ‘Hubungan Sejenis’ Antara Mereka

17 Aug 2023 • 4:28 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sukarnya menjadi selebriti apabila segala tindak tanduk mereka akan menjadi perhatian semua.

Dalam saluran YouTube ‘I Am Jang Geunsuk’, lelaki itu telah menemubual Kim Hee-chul dan bercerita pelbagai sejarah sejak perkenalan mereka 13 tahun lalu.

Antara yang dibincangkan ialah mengenai khabar angin bahawa kedua mereka menjalinkan hubungan sejenis dahulu. Jawab Hee-chul,

Kami bedua sukakan fesyen dan kami juga sangat kurus, jadi kami akan memakai pakaian wanita kadang-kadang. Ianya bukan perkara yang besar pun, jadi tiada sebab untuk menjelaskannya. Sebab, kami kelihatan seperti itu dan nampak berbeza.

image is not available

Ulasnya mengenai petikan dari mendiang Michael Jackson, dia tak kisah sekiranya peminat menyukai lelaki atau wanita.

Akhirnya, Kim Hee-chul berseloroh dan menjelaskan sebab dia menjelaskan khabar angin ‘gay’ itu,

Saya kena jelaskan, saya dah sampai umur berkahwin.

Khabar angin je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article