Kami janji: Zus Coffee bakal keluarkan penyedut minuman baharu

14 May 2024 • 5:21 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Jenama kopi buatan Malaysia, Zus Coffee menyahut cabaran pelanggannya apabila ia bakal muncul dengan penyedut minuman baharu, selepas ramai yang merungut kerana penyedut sedia ada menjadi lembik apabila terkena air.

“Kami janji. Kami akan muncul dengan penyedut minuman baharu untuk anda semua! Bawa bertenang semua, salam sayang,’’ demikian hantaran yang dimuat naik dalam aplikasi X.

Ia bagi menjawab keluhan seorang pelanggannya yang meminta agar Zus melakukan sesuatu mengenainya.

“Saya suka segalanya dari Zus kecuali penyedut, tolong lakukan sesuatu dan saya berjanji akan diam,’’ kata @jjhwonu.


Penyedut sedia ada dibuat menggunakan tepung beras sebagai bahan lebih mesra alam dan mudah lupus.

Ia menjadikan kebanyakan peminatnya mengeluh, kerana terpaksa menghabiskan minuman dengan cepat sebelum penyedut itu kembang. Rungutan itu sejak 2021 lagi dan sehingga kini masih berterusan.

Namun ada yang menyatakan ia sebagai alternatif terbaik kerana penyedut minuman itu boleh dimakan selain menjaga alam sekitar. - 14 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved