“Kami Kawan Sejak Jadi Pelatih..” – Keluar Makan Bersama Di LA, BamBam GOT7 Ulas Dakwaan Bercinta Dengan Jennie BP

EntertainmentMusic
21 Jan 2025 • 2:39 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak pasal-pasal pula BamBam GOT7 terpalit dengan khabar angin percintaan bersama Jennie BLACKPINK.

Sebelum ini, tular foto BamBam dan Jennie yang dilihat keluar dari sebuah restoran di Los Angeles, menimbulkan dakwaan tentang hubungan romantik antara mereka.

Dalam satu temu bual menerusi saluran YouTube 1theK, BamBam sendiri tampil menjelaskan mengenai khabar angin tersebut. Jelasnya,

Ia bukan hubungan romantik. Kami boleh je keluar dan pergi makan. Orang selalu fikir saya dating seseorang hanya kerana saya keluar dengannya.

image is not available

Sambung lelaki itu lagi,

GOT7 dan BLACKPINK dah berkawan sejak kami jadi pelatih lagi. Kami dah jadi kawan rapat sejak dulu lagi jadi, kami boleh keluar dan pergi makan bersama.

Takkan lah nak berkawan pun tak boleh kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article