Kami Kekal Teguh Dengan Pendirian Pro Kemanusiaan – Grab Malaysia

Politics
3 Nov 2023 • 6:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kami Kekal Teguh Dengan Pendirian Pro Kemanusiaan – Grab Malaysia

Grab Malaysia pada hari ini menjelaskan bahawa pihak mereka berpendirian pro kemanusiaan berhubung isu konflik yang berlaku di Timur Tengah.

Kenyataan itu dikongsikan oleh Grab Malaysia menerusi hantaran muat naik di laman X rasminya pada tengah hari tadi.

Dalam kenyataan itu, Grab Malaysia berkata bahawa mereka kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan dan menyokong pelaksanaan gencatan senjata dalam konflik tersebut.

“Grab kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan, dan menyokong sebarang usaha ke arah keamanan dan pelaksanaan gencatan senjata,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Grab Malaysia juga menegaskan bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang bentuk keganasan dan menghormati perlindungan hak asasi manusia.

“Grab tidak menyokong sebarang bentuk keganasan, dan sebagai ahli United Nations Global Compact (UNGC), mendukung prinsip asas UNGC, yang menghormati perlindungan hak asasi manusia,” akhiri kenyataan itu.

Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan yang dibuat oleh pengguna media sosial melibatkan pemilik syarikat tersebut.

Sumber: X/@GrabMY