“Kami Keluarga..” – Ahli Ulang Kali Sebut Nama Lee Kwangsoo Dalam Episod Terbaru ‘Running Man’

Music
8 Oct 2023 • 7:56 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Peminat ‘OG’ (original) “Running Man” pastinya tidak pernah melupakan telatah kelakar Lee Kwang-soo meskipun sudah dua tahun lelaki itu mengundurkan diri dari program itu kan?

Dalam episod terbaru rancangan SBS itu, mereka telah membawa Yoo Seung-ho, Yoo Soo-bin dan Kim Dong-hwi yang sedang aktif dengan drama “The Deal” kini.

Semasa sesi permulaan, Yoo Soo-bin telah menunjukkan bakatnya mengajuk gaya dan suara Lee Kwang-soo. Malah ajukannya itu nyata menerima tepukan gemuruh dari ahli “Running Man” lain. Kata Song Ji-hyo kagum,

Serius sama dengan Kwang-soo!

Tambah Kim Jong-kook,

Kami keluarga, jadi kami tahu.

Semasa sedang menjalani misi, Song Ji-hyo secara tiba-tiba tertawa dan berbisik pada Ji Suk-jin mengenai kelakuan Yoo Soo-bin,

Dia serius macam Lee Kwang-soo. Lihat wajahnya..

Bukan itu sahaja, para penonton yang menonton episod berkenaan turut bersetuju dengan ahli “Running Man” dek kelakuan saling tak tumpah antara Yoo Soo-bin dan Lee Kwang-soo.

Terubat sikit rindu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.