“Kami Keluarga Syamsul Tak Akan Memaafkan Kazar Kerana Membantu..” – Datin Patimah

Entertainment
8 Jan 2023 • 1:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial sejak semalam apabila satu komen didakwa telah ditulis oleh ibu kepada pelakon dan pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail di Facebook.

Seperti laporan Gempak, Datin Patimah ada meluahkan rasa terkilan dengan bapa kepada Ira Kazar, pelakon Kazar Saisi yang membantu anak perempuannya bernikah dengan Syamsul.

image is not available

Sumber : Facebook  

Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya berkahwin dengan Syamsul dan telah merosakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka.

Patimah juga menulis bahawa mereka menerima takdir yang telah berlaku kepada anak mereka yang ‘malang’ itu.

image is not available 2 hari lalu

"Saya Tak Reda Dan Tak Terima Perkahwinan Dengan Ira" - Ibu Minta Syamsul Yusof Jangan Munafik

Terdahulu, Syamsul telah mengejutkan peminat apabila dia mendedahkan telah selamat bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar yang sebelum ii didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga antara dia dan Puteri Sarah Liyana.

Pernikahan yang berlangsung di Thailand itu turut menyaksikan Kazar Saisi menjadi wali anak perempuannya dalam pernikahan itu.