“Kami Lakukan Kesilapan” – Hyrox Henti Kerjasama Dengan Carlsberg Untuk Perlumbaan Di Malaysia

LocalHealth & Fitness
4 Nov 2026 • 4:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Kami Lakukan Kesilapan” – Hyrox Henti Kerjasama Dengan Carlsberg Untuk Perlumbaan Di Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (4 November), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan tidak akan meluluskan penganjuran Hyrox Kuala Lumpur 2026 pada 10 sehingga 13 Disember 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) selagi tajaan minuman alkohol bagi acara itu tidak ditarik balik sepenuhnya.

Keputusan itu dibuat selaras dengan Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat Edisi Ketiga 2024 selepas tular tangkap layar pengumuman sebuah syarikat minuman beralkohol sebagai rakan bir rasmi acara berkenaan.

Malah, isu itu turut mencetuskan kebimbangan dan persoalan ramai tentang kaitan minuman beralkohol dengan aktiviti kecergasan yang menggabungkan larian serta lapan stesen latihan berfungsi (fuctional fitness) itu.

Hyrox Henti Kerjasama Dengan Carlsberg Bagi Perlumbaan Di Malaysia

Terbaharu, Hyrox Malaysia dalam satu kenyataan di Instagram mengumumkan pihaknya dan Carlsberg membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama bagi acara di Malaysia.

Keputusan itu dibuat susulan tular isu tajaan yang telah mencetuskan kebimbangan ramai.

Jelas Hyrox, pihaknya memahami sebab mengapa perkara tersebut menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat di Malaysia.

“Berhubung pengumuman serantau Carlsberg sebagai rakan kongsi, kami memahami mengapa isu ini telah menimbulkan kebimbangan dan kegusaran.

“Dan kami sepatutnya memberikan pertimbangan yang lebih mendalam terhadap kepercayaan agama dan nilai budaya dalam komuniti di Malaysia.

“Kami (telah) melakukan kesilapan dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara yang berlaku.

“Bersama Carlsberg, kami telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama bagi perlumbaan di Malaysia.

“Kepada semua yang telah menjalani latihan bagi perlumbaan ini dan menjadi sebahagian daripada perkara ini, kami menghargai masa dan usaha anda yang telah komited.

“Kami tidak sabar menanti anda di garisan perlumbaan,” jelas mereka.

View this post on Instagram

A post shared by HYROX Malaysia (@hyroxmas)

Carlsberg Malaysia Jelas Mereka Bukan Penaja, Tidak Akan Terlibat Dengan Acara Hyrox Di Kuala Lumpur

Dalam pada itu, syarikat minuman alkohol, Carlsberg Malaysia dalam satu kenyataan di Instagram menjelaskan bahawa mereka bukanlah penaja dan tidak akan terlibat dengan pertandingan ini di Malaysia.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Hyrox telah mengumumkan kerjasamaa serantau bersama Carlsberg di Asia.

“Kerjasama ini melibatkan acara Hyrox terpilih di Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Vietnam.

“Carslberg Malaysia bukan penaja dan tidak akan terlibat dalam acara Hyrox Kuala Lumpur 2026 pada 10 sehingga 13 Disember 2026.

“Di Carlsberg Malaysia, kami sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan serta menghormati sensitiviti budaya,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Carlsberg Malaysia (@carlsbergmy)

Permohonan Hyrox Masih Dalam Proses Tetapi Belum Diluluskan

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menjelaskan pihaknya memandang serius penularan tangkap layar yang memaparkan pengumuman sebuah syarikat minuman beralkohol sebagai rakan bir rasmi pertandingan itu.

Malah, KBS tidak akan memberikan sebarang kelulusan atau penyaluran dana bagi acara ini selagi tajaan syarikat minuman alkohol berkenaan belum ditarik balik sepenuhnya.

Jelas mereka, permohonan penganjuran acara itu masih sedang diproses tetapi belum diluluskan.

Terdahulu, tular di media sosial poster mengenai penganjuran Hyrox Kuala Lumpur 2026 yang didakwa mendapat tajaan daripada syarikat minuman alkohol itu.

Hantaran itu nyata mendapat perhatian sehingga ramai yang meluahkan rasa kecewa serta mempersoal kaitan minuman berkenaan dengan sukan terbabit.

Malah, ada yang berpendapat tajaan itu tidak sensitif dan menghormati budaya di Malaysia yang majoritinya terdiri daripada Muslim.

View on Threads
View on Threads

Baca Artikel Berkaitan:

Atlet Hyrox Joanna Wietrzyk Mohon Maaf Selepas Tular Insiden Cirit Birit Ketika Perlumbaan
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved