'Kami masih hidup dalam setiap pertandingan'

Football
14 Mar 2024 • 11:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kylian Mbappe antara pencetak gol PSG. -Foto AFP

KYLIAN Mbappe menjaringkan gol ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) menang 3-1 ke atas Nice di Stadium Parc des Princes pada Khamis sekaligus mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Perancis.

Angkatan Luis Enrique bermula garang dengan jaringan Mbappe (m-14) dan Fabian Ruiz (m-33) diikuti sentuhan pelawat dijelmakan Gaetan Laborde (m-37) meletakkan Les Parisiens memimpin separuh masa pertama, 2-1.

Separuh masa kedua, Nice meningkatkan tekanan, namun tandukan Lucas Beraldo (m-60) melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah.

“Pasukan ini jelas bertambah baik dan saya fikir kami akan terus meningkat selepas ini.

"Kami berada dalam detik penting musim ini, dan kami masih hidup dalam setiap pertandingan.

"Kami perlu kekal merendah diri dan cuba untuk menjadi lebih kompetitif, tetapi kami berada dalam prestasi yang hebat,” kata Enrique.

Kemenangan itu membolehkan PSG menentang Stade Rennais dalam aksi separuh akhir pada 4 April, manakala satu lagi aksi antara Olympique Lyonnais dan Valenciennes sehari sebelumnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved