“Kami Melayan Kakitangan Dengan Hormat..” – Kilang Goodyear Di Shah Alam Bakal Rasmi Ditutup Pada Jun, 550 Pekerja Terjejas

Business & Finance
7 Mar 2024 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terkini diumumkan, syarikat pengeluar tayar terkemuka dunia iaitu Goodyear telah dilaporkan akan menutup operasi kilangnya yang bertempat di Shah Alam, Selangor bermula pada 30 Jun ini. Katanya, seramai 550 orang pekerja terjejas akibat penutupan kilang tersebut.

Kilang Goodyear ditutup

Setelah bertahun-tahun menapak di Malaysia, penutupan kilang pengeluar tayar ini akan ditutup dalam masa beberapa bulan dan selesai sepenuhnya menjelang hujung tahun ini. Menurut kata Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madaran, keputusan berkenaan dibuat sebagai langkah dalam program transformasi Goodyear Forward.

Tambah Nathaniel, penutupan tersebut diambil atas tujuan mengoptimakan operasinya ke arah mencapai pengurangan kos operasi sebanyak USD 1 bilion menjelang 2025.

image is not available

550 pekerja terjejas

Pada masa yang sama, susulan penutupan kilang Goodyear di Shah Alam itu, timbul juga sebuah isu dimana dikatakan seramai lebih kurang 550 orang pekerja bakal terjejas dalam penutupan berkenaan.

Seperti mana-mana penutupan kilang, akan ada pihak yang terjejas, dan dalam penutupan kilang kami, kira-kira 550 kakitangan kilang di Malaysia akan terjejas.

 

Kami kekal komited untuk melayan semua kakitangan kami dengan cara terhormat dan telus sepanjang proses penutupan ini berjalan.

 

Terima kasih di atas fokus berterusan anda semua dalam memberikan yang terbaik kepada kilang ini dan kejayaan berterusan Goodyear.

image is not available

Sekadar info, menurut Careta, Goodyear memasuki pasaran negara ini sejak sebelum merdeka pada 1929. Manakala kilangnya di Shah Alam mula beroperasi pada 1972. Kemudian pada 1985, Goodyear menjadi pembekal tayar kepada kereta nasional pertama negara, Proton Saga.

image is not available 1 month ago

"Kawasan Elit Kot.." - Kilang Berada Di Kelantan, Individu Persoal Bagaimana Khairul Aming Dapat Air Bersih