Kami Mencuba Pelan Prabayar Dan Pascabayar 5G U Mobile – Lebih Nilai, Fleksibiliti Dan Berbaloi

TechnologyDigital
7 Jun 2023 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi hari ini semakin canggih, dan dengan adanya rangkaian 5G hari ini, ia menjadikan proses melakukan tugasan, berkomunikasi dan berhibur, lebih lancar dan cepat. Namun begitu, buat masa ini ada di antara kita yang masih belum dapat merasai kemudahan 5G ini secara menyeluruh, atas faktor kawasan yang tidak menyokong rangkaian ini atau pelan internet 5G yang terlalu mahal. Katanya, U Mobile menawarkan pelan yang berbaloi untuk dilanggan kerana mereka menawarkan akses rangkaian 5G secara percuma. Oleh itu, baru-baru ini kami telah mencuba pelan internet prabayar dan pascabayar mereka, dan ini adalah pengalaman kami menggunakannya.

Pengalaman Penggunaan Pelan Internet U Mobile

image is not available

Buat pengetahuan anda, rangkaian 5G yang ditawarkan oleh semua syarikat telekomunikasi adalah sama, memandangkan mereka menggunakan rangkaian yang disediakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB). Oleh itu, kualiti dan prestasi internet yang anda rasai sepanjang menggunakan 5G adalah sama, tidak mengira apa jenis talian telekomunikasi yang anda gunakan. Namun begitu, apa yang membezakan U Mobile dari pesaingnya adalah penawaran mereka yang dilihat lebih berbaloi dan tanpa caj tambahan. Jadi, kami memilih beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur seperti Taman Tugu, Suria KLCC, Taman KLCC dan Berjaya Times Square bagi menguji kemampuan U Mobile dalam menawarkan rangkaian 5G mereka kepada pengguna.

Peranti yang kami gunakan dalam ujian ini adalah Samsung Galaxy S23 Ultra, dipadankan bersama pelan U Postpaid 38 dan Prepaid U40. Kami turut memanfaatkan beberapa platform pengendali ujian kepantasan Internet seperti Fast.com dan Ookla bagi semakan kelajuan internet. Kami mengambil kira beberapa aspek dalam menjalankan ujian ini seperti kelajuan memuat turun dan memuat naik fail, kelancaran bermain permua, kelancaran berkomunikasi, serta sambungan hotspot. Bagi setiap ujian memuat turun dan memuat naik, kami menggunakan fail video berdurasi 5 minit sebesar 35.8MB, manakala bagi menguji kelancaran internet ketika bermain permua, kami menggunakan permua PUBG Mobile.

image is not available

Dapatan kajian kami menunjukkan bahawa pelan Prepaid U40 berfungsi dengan baik di sekitar kawasan yang kami uji. Bagi bacaan di Fast.com, ia menunjukkan kelajuan purata sehingga 470Mbps. Sementara itu, bacaan di Ookla pula menunjukkan kelajuan purata sehingga 531.45Mbps. Dengan kuota tanpa had berkelajuan 6Mbps ini, kami boleh memuat turun fail sebesar 35.8MB dalam masa yang paling pantas sekitar 4.92 saat. Kemudian, kami memuat naik fail sama ke dalam Google Drive, yang mengambil masa paling laju sekitar 20 saat sahaja. Kami turut cuba memuat naik fail ketika mengaktifkan hotspot, dan hasil kelajuannya adalah sepantas 8.79 saat. Bermain permua juga terasa lancar, dengan kadar ping serendah 20ms. Buat pengetahuan anda, kadar ping yang baik ketika bermain permua perlulah kurang dari 50ms. Panggilan suara juga kedengaran jelas tanpa adanya isu tersekat sekat.

image is not available

Hasil ujian juga dilihat baik dan memuaskan bagi pelan U Postpaid 38. Bacaan dari Fast.com mencatatkan kelajuan internet sehingga 310Mbps, manakala bacaan Ookla pula adalah sehingga 500.02Mbps. Kelajuan muat turun fail 35.8MB pula adalah sepantas 3.73 saat, sementara proses memuat naik fail pula mengambil masa sehingga 18.55 saat. Kelancaran berkomunikasi dan bermain permua PUBG Mobile juga adalah sama seperti apa yang dirasai ketika menggunakan pelan Prepaid U40, dengan kadar ping serendah 20ms.

Pelan Prabayar dan Pascabayar Dari U Mobile – Manakah Yang Sesuai Untuk Anda?

Sekiranya anda turut sama ingin merasai pengalaman internet seperti apa yang kami alami, anda boleh mencuba pelan-pelan internet di bawah U Mobile – Prabayar dan pascabayar U Postpaid.

Pelan Prabayar

image is not available

Jikalau anda merupakan seorang yang suka merancang kewangan sebelum berbelanja serta menginginkan fleksibiliti dalam melanggan pelan internet, pelan prabayar Prepaid merupakan pilihan tepat. Ini kerana menerusi pelan Prepaid, anda diberi tiga pilihan pelan yang sesuai dengan kegunaan dan bajet anda – U25, U35 dan U40. Sekiranya anda inginkan pelan yang lebih mampu milik, anda boleh melanggan pelan prabayar U25. Menerusi pelan ini juga, anda boleh menebus Speed Booster melalui aplikasi MyUMobile bagi menikmati internet dengan kelajuan 4G/5G percuma selama satu jam setiap hari.

Bagaimana pula sekiranya anda inginkan capaian internet tanpa had yang lebih berbaloi? Maka jawapannya ada pada pelan Prepaid U35 atau U40. Kedua-dua pelan ini menawarkan kuota data tanpa had, dengan kelajuan sehingga 6Mbps tanpa sebarang had penggunaan data dan panggilan suara. Anda turut boleh menikmati kuota internet 4G/5G tanpa had bersama kelajuan ultra pantas pada hujung minggu dengan menebus Unlimited 5G Weekend di aplikasi MyUMobile. Namun, apa yang membezakan di antara dua pakej ini adalah kuota hotspot mudah alih, dimana Prepaid U40 menawarkan kuota hotspot tanpa had. Meskipun begitu, pengguna pelan U25 dan U35 masih boleh menikmati hotspot tanpa had melalui pembelian pas tambahan RM5/bulan menerusi aplikasi MyUMobile.

Pelan Pascabayar U Postpaid

image is not available

Selain pelan prabayar, U Mobile turut menyediakan pelan pascabayar U Postpaid. Pelan ini sesuai buat mereka yang tidak mahu pening kepala menambah nilai setiap kali kuota habis digunakan, memandangkan ia boleh digunakan dulu dan bayar kemudian. Pelan pascabayar U Mobile ini hadir dengan tiga pakej yang menawarkan rangkaian 4G/5G berkelajuan tinggi dengan kuota yang berbeza – U Postpaid 38, 68 dan 98. Meskipun setiap pakej menawarkan kuota yang berbeza, ketiga tiga pakej ini tidak memisahkan data utama dengan data hotspot. Dengan kata lainnya, data utama masih boleh digunakan dan dikongsi sebagai data hotspot.

Setiap pakej dibawah pelan U Postpaid dilihat memenuhi keperluan berbeza pengguna, sama seperti pelan prabayar. Seperti contoh, bagi mereka yang inginkan pelan pascabayar 5G pada harga yang sedikit rendah, pelan U Postpaid 38 dan 68 merupakan pelan yang sesuai untuk anda. Ini kerana kedua dua pakej ini menawarkan data pantas 60 GB dan 100GB, Ultra Hotspot yang boleh dikongsi dari data pantas dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

image is not available

Namun begitu, sekiranya anda inginkan internet dengan kuota data yang lebih banyak, U Postpaid 98 adalah pakej khusus untuk anda. Pakej ini menawarkan anda kuota internet sebanyak 1000GB (1TB) pada harga RM98/bulan. Oleh itu, anda pasti dapat merasai pengalaman maksimum menggunakan 5G tanpa perlu risau masalah cepat kehabisan data. Sekiranya anda ingin berkongsi pakej ini bersama 6 talian keluarga yang lain, anda boleh memanfaatkan program U FamilyShare dengan tambahan RM38/bulan bagi setiap talian.

image is not available

Bagi merasai pengalaman penggunaan 5G yang lebih optimum, adalah penting untuk anda gunakan peranti yang menyokong fungsi 5G. Jadi, U Mobile turut menawarkan program U SaveMore serta U PayLater, khusus buat pelanggan pakej U Postpaid 68 dan 98. Melalui kedua dua program ini, anda boleh mendapatkan harga diskaun atau pembayaran ansuran tanpa kadar faedah untuk peranti 5G yang ditawarkan U Mobile. Tidak dilupakan juga, melalui pelan U Postpaid 68 dan 98, anda boleh menikmati data perayauan global percuma sebanyak 15GB serta panggilan percuma. Oleh itu, anda tidak lagi perlu mengeluarkan wang lebih bagi membeli data tambahan sekiranya bercuti di luar negara, kerana semuanya telah tersedia dibawah satu pelan.

Kesimpulan

Berdasarkan pengalaman penggunaan kami, boleh dikatakan bahawa apa yang ditawarkan oleh U Mobile adalah cukup memuaskan. Rangkaian 5G mereka yang cukup meluas dan pantas semestinya mampu memberikan anda produktiviti hidup yang lebih baik, tidak kira apa aktiviti yang anda lakukan. Kepelbagaian penawaran pakej internet yang ditawarkan oleh U Mobile ini juga dilihat sesuai buat mereka yang menginginkan lebih fleksibiliti dalam memilih pelan internet.

Kami sendiri telah mencuba pelan U Postpaid 38, dimana meskipun ia merupakan pelan pascabayar dengan penawaran paling rendah, kami masih boleh merasai keseronokkan menggunakan rangkaian 5G mereka. Senang cerita, sekiranya semua syarikat telekomunikasi menawarkan rangkaian 5G yang sama, buat apa bayar lebih bagi mendapatkan internet berbaloi memandangkan anda boleh dapatkan kesemuanya dengan U Mobile bukan? Jadi, tunggu apa lagi? Bertukarlah kepada U Mobile hari ini untuk rasai sendiri kehebatan rangkaian 5G.

Penafian : Advertorial daripada U Mobile