“Kami Menjangkakan Pemintasan & Serangan Isr*el Kemungkinan Berlaku Malam Ini” – Aktivis GSF

WorldPolitics
1 Oct 2025 • 3:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang aktivis Turki yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Muhammed Salih berkata, sebuah kapal tentera laut Israel dikesan pada jarak 80 kilometer dari Global Sumud Flotilla (GSF), ketika bercakap dari kapal layar Adagio.

Kami menjangkakan kemungkinan pemintasan atau serangan Israel malam ini atau malam esok. Namun besar kemungkinan ia berlaku malam ini. Kami berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya.

image is not available

Menerusi satu rakaman video di Instagram, Salih berkata semua peserta misi berkenaan sudah memakai jaket keselamatan dan menunggu di dek.

Penganjur flotilla juga telah mengeluarkan amaran kritikal dan menyeru perhati’an masyarakat antarabangsa dengan menegaskan, ‘Keselamatan kami bergantung kepada dunia yang memerhati’.

image is not available

Menurut laporan Anadolu Ajansi (AA) pula, kapal-kapal GSF kini berada kurang 160 batu nautika (296 kilometer) dari wilayah yang dikepung itu dan dijangka memasuki zon berisiko tinggi malam ini.

“Kami kini berada kurang 160 batu nautika dari Gaza, 10 batu nautika dari zon berisiko tinggi. Terus berjaga-jaga,” menurut satu kenyataan flotilla di Instagram.

Sementara itu, wartawan Al Jazeera yang berada di atas kapal juga memaklumkan pengintip tidak dikenali turut dikesan pada altitud sederhana di kawasan pelayaran flotila di perairan Mediterranean.

image is not available 2025-10-01 12:49:17

Sumud Flotilla: Aktiviti Dron Meningkat Di Ruang Udara, Para Peserta GSF Dalam Keadaan Sentiasa Berjaga-Jaga