'Kami rindu laungan azan'

16 Feb 2023 • 7:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan Masjid Merkez yang kini tidak lagi kedengaran azan akibat mengalami kerosakan teruk dalam kejadian gempa bumi di Turkiye pada 6 Februari lalu.

image is not available
Demir (dua dari kiri) bersama rakan dan ahli keluarga memanaskan badan dengan menggunakan unggun pada ketika suhu diperkampungan itu mencecah -5° Celsius.

image is not available
Demir

image is not available
Keadaan Masjid Merkez mengalami kerosakan teruk dalam kejadian gempa bumi di Turkiye pada 6 Februari lalu.

image is not available
Rumah Demir turut musnah dalam kejadian gempa bumi di Turkiye.

image is not available
Khemah yang kini menjadi rumah buat Demir sekeluarga.

GAZIANTEP, TURKIYE - Penduduk di perkampungan Sakcagoz, antara lokasi terjejas teruk akibat gempa bumi di Turkiye pada 6 Februari lalu meluahkan rasa rindu terhadap laungan azan di Masjid Merkez di sini.

Ini kerana satu-satunya masjid di perkampungan itu tidak lagi boleh digunakan kerana struktur bangunan yang retak, kesan daripada bencana yang kini meragut nyawa lebih 35,000 mangsa di negara ini.

Demir Kamil, 59, berkata, sejak tragedi gempa bumi itu, penduduk di sini tidak dibenarkan lagi untuk memasuki masjid atas arahan pihak berkuasa.

"Bahagian bawah tanah yang menempatkan lokasi mengambil wuduk musnah teruk dan dinding serta menara masjid retak.

"Disebabkan itu tiada lagi laungan azan berkumandang di masjid ini sejak 10 hari lalu," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.

Demir turut memberitahu bahawa rumahnya musnah dan kini hanya tinggal di dalam khemah bersama ahli keluarganya.

Berdepan suhu sehingga -5° Celcius hampir setiap hari, Demir menjelaskan mereka sekeluarga hanya mengharapkan unggun api untuk memanaskan badan.

"Ini sahaja cara kami untuk mengurangkan rasa sejuk melampau. Kalau dulu kami menggunakan mesin pemanas tetapi kini hanya mengharapkan unggun api," katanya.

Biarpun berdepan dengan kesukaran, Demir tetap bersyukur keluarga dan jiran-jirannya terselamat walaupun perkampungan ini merekodkan lebih kurang 300 kematian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved