Satu video tular merakamkan seorang lelaki menegur bau kurang selesa seorang wanita yang berada di dalam sebuah keretapi. Kelihatan beberapa penumpang yang lain menutup hidung seolah tidak tahan dengan bau busuk datang dari wanita itu.
Wanita itu ditanya, adakah ketika itu dia memakai seluar dalam. Wanita yang memakai skirt itu meminta maaf dan menyatakan dia tidak memakai seluar dalam.
Situasi yang dialami oleh wanita itu berkemungkinan dia sudah dijangkiti dengan kuman atau bakteria pada bahagian alat sulitnya yang memungkinkan bau tersebut dapat dihidu oleh orang sekelilingnya.
Wahai perempuan2 sekalian! Jagalah hygene hampa! Aku pernah alami bende ni yer. Tapi xde lah tego. That time masa zaman kolej, that girl duduk bersila depan aku. Sbb bau menyengit aku bangun n blah. Dia mcm wei discuss tak habis lagi ni. Aku ckp aku busy. pic.twitter.com/ydorgUoDjR
Rakaman video itu juga mendapat reaksi ramai netizen di Malaysia dan berkongsikan pengalaman yang dilalui mereka.
“Wahai perempuan, jagalah hygene hampa. Masa zaman kolej, ada perempuan tu duduk bersila depan aku, sebab bau menyengit, aku bangun dan blah.
“Aku yakin dia pakai undie, tapi bau tu kuat gila. Bau tu macam hamis.
“Aku tahu sebab aku satu-satunya anak lelaki dalam family, kadang-kadang mak aku tegur siblings girls aku depan aku dan noted the smells. Dan kadang-kadang tanggungjawab aku bawak adik-beradik ke klinik sakit puan even aku tak sure secara details penyakit apa,” tulisnya.
Jaga kebersihan Miss V
Menerusi hantaran itu, ramai yang memberikan tips penjagaan vagina kepada wanita supaya kekal bersih dan sihat.
“Makan yogurts marigold untuk hilangkan keputihan atau apa-apa yogurt. Rendam Miss V dalam besen, air suam+garam untuk hilangkan gatal,” tulis Serah Heau.
“Personally for hygiene purpose, I rendamkan daily dengan air garam for 10 min, dua kali sehari,” tulis Zie pula.
“Pernah kena infection teruk,macam-macam dah try. Last, my step mom suruh rebus sireh melayu,dah suam-suam ramas daun, bilas miss v dengan air sireh dan gosok sikit dengan daun sireh. Insya-Allah tak sampai seminggu buat, bersih tak ada dah infection, keputihan dan tak ada bau,” komen Sya.
Oleh itu,kebersihan diri sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan kesihatan fizikal serta mental yang baik. Penjagaan diri jika sudah diamalkan dari awal, baik lelaki atau perempuan, akan membuatkan individu lebih disenangi ramai.
Jika keadaan makin melarat, individu dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk tindakan lanjut.
Sumber: rulduff
The post ‘Kami semua terhidu aroma yang tidak menyenangkan, boleh tak awak keluar?’ – Tular video penumpang Subway train terseksa hidu bau hamis minah Salleh appeared first on The Reporter.



