'Kami tahu ia akan jadi perlawanan sukar' - Bidoglio

Football
27 Apr 2025 • 12:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
BIDOGLIO

PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio telah menjangkakan perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC akan menjadi aksi yang sukar menyaksikan mereka terpaksa bangkit untuk menang 2-1.

Menurutnya, Sri Pahang memberikan tentangan namun kualiti dan kesungguhan dipamerkan para pemainnya menyaksikan JDT muncul sebagai juara Piala Malaysia.

"Persembahan pemain sangat bagus, saya bangga. Saya gembira kerana pemain bekerja keras sepanjang musim

"Pasukan menunjukkan persembahan baik dalam aksi tempatan dan antarabangsa.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan pemain," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Kemenangan Piala Malaysia itu menyaksikan JDT melakar sejarah baharu bola sepak negara dengan kejuaraan hatrik quadraple.

Ia selepas skuad Harimau Selatan itu memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved