“Kami Tahu Responden Ada Perancangan” – Hakim Bagi Pesanan Buat Syed Saddiq

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 12:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh menarik nafas lega selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan melepas dan membebaskannya daripada sabitan serta hukuman sebelum ini.

Keputusan itu dibuat secara majoriti 2-1 selepas panel tiga hakim menolak rayuan pihak pendakwaan, sekali gus menjadikan Ahli Parlimen Muar itu kekal dibebaskan dalam kes membabitkan dana Armada enam tahun lalu.

Hakim harap Syed Saddiq dapat teruskan rancangan kahwin

A woman in a green hijab and floral dress gently holds the groom's face as they touch foreheads at a wedding, with a man in a dark suit watching in the background.

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Dalam keputusan itu, Che Mohd Ruzima dan Sequerah membentuk majoriti, manakala Abu Bakar membuat keputusan berbeza.

Couple posing indoors; woman in a white dress holds a large bouquet of red roses with baby's breath, flanked by a man in a red patterned shirt.

Mahkamah turut menyatakan pihaknya mengikuti perkembangan semasa termasuk perancangan yang ingin dilakukan Syed Saddiq selepas keputusan kes berkenaan.

Kami tahu responden (Syed Saddiq) mempunyai perancangan selepas keputusan kes ini. Kini setelah keputusan majoriti memihak kepada responden, saya berharap beliau dapat meneruskan perancangan itu dengan sebaik-baiknya.- Katanya.

Hakim juga manusia biasa

hakim

Dalam prosiding sama, Abu Bakar turut menjelaskan bahawa hakim juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesihatan berbeza.

Menurutnya, penangguhan kes akibat masalah kesihatan seseorang hakim bukanlah perkara luar biasa dan pernah berlaku dalam perjalanan prosiding mahkamah.

Beliau berharap semua pihak dapat memahami keadaan itu, terutama apabila sesuatu prosiding perlu ditangguhkan kerana faktor kesihatan.

Pssttt! Dalam isu besar macam ni, memang ramai akan bagi pandangan masing-masing. Tapi bab mahkamah ni biarlah kita hati-hati sikit sebelum buat kesimpulan. Apa pun, Syed Saddiq kini kekal dibebaskan dan pastinya ramai nak tengok apa pula langkah beliau selepas ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Kami Tahu Responden Ada Perancangan” – Hakim Bagi Pesanan Buat Syed Saddiq appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved