
Setiap pasangan berkahwin semestinya menginginkan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi kehidupan sebagai sebuah keluarga.
Akan tetapi, tidak semua pasangan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Berikutlah yang dikongsikan oleh pelakon dan pengacara, Zulin Aziz apabila dia sering ditanyakan soalan berkaitan anak.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Zulin menerangkan dia dan suami tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat sama seperti pasangan-pasangan lain.
10 bulan usia perkahwinan kami. Asyik diasak dengan soalan bila nak ada anak? Kami pun macam pasangan yang lain, pastinya inginkan zuriat. Kami tak pernah berhenti berusaha.”
Dalam pada itu, Zulin turut meminta agar pihak di luar sana mendoakan yang terbaik untuk dia dan suami.
Mohon doakan yang baik-baik buat kami ya? Penantian harus ada kesabaran kan? Sebabtu kalau ada masa kami luangkan waktu pergi honeymoon. Kualiti masa bersama.”
Sekadar info, Zulin sebelum ini mendedahkan bahawa dirinya mengalami keguguran pada Ogos lalu.
"Aku Baru Gugur, Sabar La!" - Zulin Aziz Tertekan Jawab Soal Zuriat, Minta Orang Ramai Lebih Sensitif
The post “Kami Tak Berhenti Berusaha” – Asyik Diasak Soalan Tentang Anak, Zulin Aziz Mohon Doakan Yang Terbaik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

