“Kami Tangguh Semua..” – Sandara Dedah Pengorbanan Ahli Untuk Realisasikan Comeback 2NE1

Music
29 Jul 2024 • 10:39 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Penantian peminat nampaknya tak sia-sia!

Baru-baru ini, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa 2NE1 akan kembali menemui peminat dengan konsert jelajah yang akan bermula di Seoul pada Oktober ini.

Menerusi program radio “Cultwo Show”, Sandara Park yang muncul sebagai tetamu telah berkongsi kesungguhan ahli dalam melakukan persiapan untuk konsert tersebut. Jelasnya,

Saya dah menunggu ini untuk masa yang lama dan saya gembira akhirnya dapat berjumpa peminat kami selepas 8 tahun. Kami mula berlatih minggu ini dengan sangat gigih.

image is not available

Sambungnya lagi,

Kami merancang untuk meneruskan jelajah ini sehingga separuh pertama tahun depan. Semua ahli telah menangguhkan segala aktiviti solo mereka untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada 2NE1.

Fighting 2NE1!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.