“Kami Terima Apa Pun Keadaan Fatin, Pulanglah…” – Luahan Pakcik Mangsa Terakhir Kepala Air Undang Sebak

13 Jul 2023 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sehingga hari ini, mangsa kesepuluh tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, Putri Nor Fatin masih belum ditemukan.

Salah seorang ahli keluarga keluarga tersebut iaitu bapa saudara kepada Fatin meluahkan kesedihan mereka kerana remaja itu masih belum ditemui.

Perkongsiannya di TikTok mengundang sebak ramai warganet terutamanya apabila dia dan ahli keluarga yang lain berkata mereka terima Fatin dijumpai dalam apa jua keadaan.

image is not available

Bukan itu sahaja, lelaki bernama Syawal Eiyi itu juga turut mendedahkan Fatin yang berusia 14 tahun mahu menjadi terkenal seperti artis.

Kongsinya lagi, Fatin ini sebenarnya merupakan anak saudaranya yang paling pemalu di antara semua adik beradiknya yang lain.

Jelas Syawal, dia sudah ke lokasi sebanyak dua kali untuk mencari anak saudaranya itu namun setakat ini masih berkesempatan turun ke sungai dek kerana air yang besar.

Dia turut memohon agar orang ramai turut bersama mendoakan agar Fatin ditemui dengan segera selain berdoa agar mereka sekeluarga disatukan di syurga.

image is not available 2 days ago

"Kembali Lah Fatin.." - Bomba Jumpa Beg Sandang Penuh Duit, Dipercayai Milik Mangsa Kepala Air Yang Belum Ditemui