“Kami Tiada Duit..” – Terdesak Langsungkan Konsert, Radhi OAG Pinjam Ah Long RM50,000

Music
27 Mar 2023 • 9:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui sesi temubual bersama pihak Berita Harian, vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi mengakui telah meminjam duit sebanyak RM50,000 daripada Ah Long.

Tindakan tersebut dilakukan akibat sudah terdesak dan keadaan genting dimana sewaktu hari konsert berlangsung, pentas masih belum disiapkan akibat kekurangan bajet.

Pentas belum siap kerana kami tiada duit. Jadi, kami ambil keputusan pinjam daripada ah long walaupun tahu ia bukanlah idea baik.

Menurut Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, mereka sekumpulan enggan meneruskan acara tersebut kerana beberapa masalah yang berlaku serta kesuntukkan masa tetapi kerana memikirkan peminat, mereka teruskan juga.

Dalam pada itu, vokalis tersebut merasakan masalah sebelum penganjuran konsert adalah punca pemain dram, Qi Razali mengambil keputusan keluar dari kumpulan tersebut.

Namun, Radhi perjelaskan bahawa tiada persengketaan yang berlaku di antara mereka serta menghormati keputusan Qi Razali.

image is not available 1 bulan lalu

"Kau Ingat Kau Bagus, Ingat Kau Cantik?" - Bekas Isteri Dedah Radhi OAG Maki Hamun Gara-Gara Enggan 'Selfie' Berdua

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved