'Kami tidak pernah berputus asa'

Football
13 Nov 2023 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Haaland Foto Agensi

PEMAIN Manchester City tidak perlu menyesali prestasi dipamerkan penyandang juara itu apabila sekadar melakar keputusan seri 4-4 menentang Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge pada Isnin.

Malah, pemain tengah The Citizens, Rodri menyifatkan skuad kendalian Pep Guardiola mempamerkan kekuatan mental tinggi setelah mengekang kebangkitan The Blues biarpun mendahului sebanyak tiga kali dalam perlawanan itu.

“Kami tidak pernah berputus asa dan tidak pernah kehilangan arah dalam perlawanan yang mendebarkan ini. Ia adalah mata yang positif apabila anda memberikan segala-galanya, tiada apa yang perlu dikesali. Kami mempunyai mentaliti yang positif di sini.

“Musim ini juga sama seperti sebelumnya apabila ada pasang surut. Tetapi kami perlu memastikan pasukan ini sentiasa berada pada tahap terbaik dalam liga dengan terus bekerja dengan cara yang sama,” kata Rodri.

Gol Citizens dijelmakan oleh Erling Haaland menerusi penalti minit ke-25, m-47, Manuel Akanji (m-46) dan Rodri (m-86) manakala jaringan The Blues dihasilkan Thiago Silva (m-29), Raheem Sterling (m-37), Nicolas Jackson (m-67) sebelum penalti minit ke-95 bekas pemain City, Cole Palmer mengikat kedudukan.

Keputusan seri itu meletakkan City di puncak liga dengan kelebihan satu mata Liga Perdana, manakala Chelsea di tempat ke-10.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved