“Kami Yakin Baju Kamu Di Syurga Lebih Indah…” – Pasangan Indonesia Cat Kubur Anak Tema Hello Kitty Buat Ramai ‘Bingung’

Entertainment
9 May 2023 • 4:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular rakaman dari negara seberang di mana sepasang suami isteri dilihat menziarahi pusara anak mereka pada Aidilfitri baru-baru ini.

Namun, apa yang meraih perhatian ramai warganet adalah tindakan pasangan itu menghiasi kubur anak mereka, Akel dengan cat bertemakan kartun Hello Kitty.

Video itu dimuat naik pada April lepas ketika umat Islam sedang berpuasa dan sibuk melakukan persiapan untuk Hari Raya.

Sebahagian besar orang sibuk membeli baju hari Raya untuk anaknya. Ibu hanya boleh menghiasi kubur anak gadis ibu…”

Tindakan suami isteri dari Sumatera Barat, Indonesia itu mengundang pelbagai reaksi dan respon daripada warganet kerana tidak pernah melihat perkara sebegitu.

Ramai yang menegur suami isteri itu kerana berbuat sedemikian dan sesetengah berkata adalah lebih baik jika mereka menanamkan rumput atau bunga di atas pusara anak perempuannya.

image is not available

image is not available 2 bulan lalu

(VIDEO) Viral Tanah Kubur Pakej 'Kayangan', Satu Slot Boleh Cecah Hampir RM25,000!