Kampung Delek di Selatan Klang mempunyai banyak kedai makan sedap yang boleh diterokai, memenuhi selera #JalanJalanMakan

Travel
9 Nov 2025 • 7:00 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Kampung Delek di Selatan Klang mempunyai banyak kedai makan sedap yang boleh diterokai, memenuhi selera #JalanJalanMakan
Dr. Zul menikmati satu teko Teh Cina di Selatan Klang. Foto: Zarina

Menurut sejarah awal, Kampung Delek di Selatan Klang, Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia telah diterokai oleh sekumpulan pendatang dari Tanah Jawa kira-kira satu abad yang lalu. Perkataan "Delek" berasal dari perkataan Jawa yang bermaksud “tersorok”. Bersesuaian dengan keadaan kampung ini ketika itu yang terletak jauh di pinggir Bandar DiRaja Klang. Ramai orang tahu kisah misteri mengenai Kampung Delek yang amat popular pada tahun era 1990an, ia menceritakan kisah mistrik BERUANG JADIAN dan ORANG MINYAK sehingga diterbitkan oleh TV3 dalam Rancangan MAJALAH 3 ketika itu.

Saya berkongsi suatu cerita seram ini dengan 4 orang cucu, Iffah, Ilfi, Fayyadh dan Ilfi yang turut serta bersama saya & isteri, Zarina dan ibu mereka, Jann menjelajah Selatan Klang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Deeda & Sufi di The Mustika, Pier8 @Gravit8, Pelabuhan Klang. Saya bercerita, “Mantan setaf saya di Akademi Penerbangan Malaysia, bernama Amirudin Hamzah, orang Jawa yang tinggal di Kampung Delek. Di suatu malam balik dari kerja, dia telah terpandang satu objek dengan rambut panjang yang kusut masai, cuma mukanya tidak kelihatan. Hanya kepalanya sahaja yang terbang ke atas bumbung rumah jirannya. Seterusnya objek bergerak ke arahnya. Lantas dia pun apa lagi cabut lari sepantas2nya tak pandang belakang balik ke rumah.”

Image from: Kampung Delek di Selatan Klang mempunyai banyak kedai makan sedap yang boleh diterokai, memenuhi selera #JalanJalanMakan
Dr. Zul & Zarina (kiri) menikmati nasi minyak, rendang daging klasik serta lauk pauk Melayu traditional di Majlis Perkahwinan Deena & Sufi di ‘The Mustika’ Pier8 @Gravit8. Foto: Jann

Masa kini terdapat banyak pilihan makanan tempatan yang sedap, kafe dan restoran makanan laut segar yang boleh kami sekeluarga menikmatinya. Di sekitar Kampung Delek, kami boleh menemui pelbagai hidangan makanan laut seperti tomyam seafood, ikan kembung masak tiga rasa, ikan keli berlada. Terdapat juga restoran yang menawarkan makanan laut ala-Kelantan yang enak dengan harga berpatutan dalam suasana dan persekitaran kampung.

Image from: Kampung Delek di Selatan Klang mempunyai banyak kedai makan sedap yang boleh diterokai, memenuhi selera #JalanJalanMakan
Di Majlis Perkahwinan, yang penting mendoakan kesejahteraan kepada pengantin, dan dapat peluang beramah mesra dengan tuan rumah sekeluarga serta saudara mara. Foto: Anis

Saya dan keluarga suka sajian Melayu klasik dengan hidangan masakan panas yang beraneka lauk-pauknya seperti sotong masak pedas dan nasi goreng seafood. Keistimewaan masakan di Kampung Delek terletak pada gabungan unik citarasa tempatan, terutamanya masakan Melayu, Thai & Jawa, dengan tumpuan kepada hidangan masakan laut yang segar & pelbagai jenis ikan bakar. Kebanyakan tempat makan mengekalkan suasana yang santai & selesa.


Image from: Kampung Delek di Selatan Klang mempunyai banyak kedai makan sedap yang boleh diterokai, memenuhi selera #JalanJalanMakan

Ada port makan atau destinasi menarik yang nak dikongsikan? Kongsi penemuan anda di Newswav dan berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM2,700!

Ketahui cara penyertaan di sini. Jangan lepaskan peluang! T&C terpakai.


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.