Kampung Jerantut Feri berpotensi jadi hub pelancongan ikan air tawar, inap desa

LocalTravel
3 Nov 2024 • 4:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Noridah (dua dari kiri) bersama Guru Besar SK Pedah, Azman Ismail (dua dari kanan) sempena program sambutan Jubli Berlian 100 Tahun SK Pedah.

image is not available
Noridah menandatangani plak Jubli Berlian sempena sambutan 100 tahun SK Pedah sambil diperhatikan Guru Besar sekolah, Azman Ismail (tengah).

JERANTUT - Kampung Jerantut Feri dilihat berpotensi untuk dijadikan sebagai hub pelancongan berasaskan ikan air tawar dan kemudahan penginapan atau inap desa.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Noridah Abdul Rahim berkata, kedudukan strategik kampung itu yang terletak di tengah-tengah kawasan pelancongan iaitu Taman Negara, Pusat Rekreasi Paya Gunung dan Ulu Cheka.

Menurutnya, usaha itu antara langkah yang akan diambil demi masa depan kampung tersebut.

"Saya merasakan program ini ibarat 'sirih pulang ke ganggang' kerana sebagai pemimpin yang dilahirkan dan dibesarkan di sini, banyak ruang yang boleh di pertingkatkan bersama dari masa ke masa.

“Kita perlu bergerak bersama dan saling membantu. Saya percaya jika kita bekerjasama, banyak perkara yang boleh kita capai untuk kebaikan semua," katanya sempena program 'Satu Pemimpin Satu Kampung' atau Santuni Madani Kampung Jerantut Feri pada Ahad.

**media[2872667]**

Selain perasmian program tersebut, turut berlangsung Sambutan Jubli Berlian 100 tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Pedah di Pusat Kokurikulum Pedah di sini.

Jelasnya, untuk peringkat awal, perkara-perkara asas seperti mengecat masjid, membaiki dataran perhimpunan sekolah dan menebang pokok yang berbahaya kepada orang awam akan dilakukan.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan program berkenaan turut menjadi jambatan penghubung untuk kerajaan mendengar sekali gus mencari jalan penyelesaian isu rakyat di peringkat akar umbi.

Katanya, program itu juga turut berperanan untuk memasarkan dasar dan inisiatif kerajaan dengan lebih meluas terutama kepada penduduk di luar bandar.

.