Kampung-kampung diluar bandar komited sebagai pelancongan desa menarik sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 #DemiMalaysia

Business & Finance
20 Jul 2025 • 4:00 PM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Kampung-kampung diluar bandar komited sebagai pelancongan desa menarik sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 #DemiMalaysia
Dr. Zul & keluarga menikmati masakan Melayu tradisional ala-kampung. Foto: Lemon8

Kesungguhan tekad kerajaan untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 memajukan kawasan pelancongan desa turut melibatkan masyarakat di luar bandar dan memberikan peluang kepada penduduk di kampung-kampung kefahaman tentang nilai dan potensi ekonomi kawasan mereka. Kesan program kesedaran ini telah dapat memelihara warisan budaya, sajian makan traditional yang lazat, jualan pertanian buah-buahan tropikal, kehijauan alam sekitar dan tarikan-tarikan unik yang sedia ada di sekitar kawasan mereka. (https://www.motac.gov.my; https:www.rurallink.gov.my)

Image from: Kampung-kampung diluar bandar komited sebagai pelancongan desa menarik sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 #DemiMalaysia
Dr. Zul & Zarina serta keluarga Jann & Faiz terasa di kampung sendiri dapat menyaksikan Rumah Kayu Tradisional Melayu semulajadi beradaptasi iklim tropika. Foto: Lemon8

Jelas terbukti sudah bahawa untuk terus memajukan dan mempromosikan kawasan dan produk pelancongan desa memerlukan usaha bersama kepimpinanan masyarakat setempat, pihak berkuasa, kepakaran penyelidikan & pemasaran, agensi dan syarikat pelancongan. Dengan warisan budaya yang kaya, alam sekitar yang menakjubkan, dan pengalaman unik yang ditawarkan maka kawasan-kawasan pelancongan desa dan bandar-bandar kecil traditional di Malaysia berpotensi mendapat tempat istimewa di peta pelancongan global. (https://www.unwto.org)

Pada hujung minggu lalu, saya & isteri, Zarina telah menerima jemputan anak perempuan sulung kami, Jann dan suaminya, Faiz untuk menyertai keluarga mereka bersantai dan berkelah di Kampung Janda Baik. Sebuah kampung Melayu di daerah Bentong, Pahang yang terletak di lereng Banjaran Titiwangsa, kira-kira 800 meter di atas paras laut. Perjalanan kereta kami selama satu jam dari Putrajaya.

Image from: Kampung-kampung diluar bandar komited sebagai pelancongan desa menarik sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 #DemiMalaysia
Dr. Zul bersama tiga cucunya: Ilyan Faqihah (kiri) Ilfi Fatihah & Izz Fayyadh (tengah) bersantai main buaian sambil layan kicauan burung-burung di Istana Lemuni. Foto: Zarina

Keluarga saya terutama sekali tiga orang cucu kami, Ilfi, Fayyadh & Ilyan amat terpukau dengan kesegaran dan kehijauan persekitaran hutan & kenyaman udara yang dingin serta keindahan anak sungai yang mengalir melalui kampung ini begitu sesuai untuk perkelahan. Ia penuh dengan bunga dan tumbuhan asli dengan hasil halia dan bunga halekonia serta kacang botol, buah-buahan dan sayur-sayuran. (https://www.mpbentong.gov.my)

Selain daipada bermandi-manda di perairan anak sungainya yang sejuk & bersih, kami amat juga menikmati sajian makanan tradisional ala kampung di Lemuni Cafe saperti gulai tempoyak ikan patin dan ulam-ulaman segar yang sangat lazat dan menyelerakan. Tiga cucu kami sungguh gembira dapat berlari-lari di persekitaran yang hijau, naik basikal roda tiga lama dan saya buaikan mereka main buaian. (www.lemon8-app.com)


Image from: Kampung-kampung diluar bandar komited sebagai pelancongan desa menarik sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 #DemiMalaysia

Kongsikan bagaimana inisiatif kerajaan atau perkhidmatan awam telah memberi kesan positif kepada masyarakat, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,500! Ketahui cara penyertaan di sini. T&S terpakai.


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.