Kampung Orang Asli pertama miliki pusat kitar semula pandu lalu

LocalEnvironment
27 Jun 2026 • 7:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kampung Orang Asli pertama miliki pusat kitar semula pandu lalu

HULU SELANGOR, 27 JUN: Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak di Kuala Kubu Bharu mencipta sejarah apabila menjadi komuniti Orang Asli pertama di Malaysia yang memiliki pusat kitar semula pandu lalu menerusi Program Sejahtera Komuniti MADANI (Sejati MADANI).

Setiausaha Biro Pembangunan Sumber Manusia dan Jalinan NGO PEMADAM Kebangsaan, Rashdan Rashid berkata projek itu membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam membudayakan amalan hijau di komuniti Orang Asli, sekali gus menyokong usaha memelihara kelestarian alam sekitar.

Katanya, inisiatif yang diilhamkan Jabatan Perdana Menteri itu bertujuan memastikan kelestarian habitat setempat di samping memperkukuh pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menerusi penglibatan agensi kerajaan, komuniti dan sektor swasta melalui agenda Environmental, Social and Governance (ESG).

"Projek ini menyokong sekurang-kurangnya empat matlamat SDG iaitu pembasmian kemiskinan, jaminan makanan, kesihatan dan kebersihan awam serta pendidikan berkualiti," katanya kepada Media Selangor.

Image from: Kampung Orang Asli pertama miliki pusat kitar semula pandu lalu
Setiausaha Biro Pembangunan Sumber Manusia dan Jalinan NGO PEMADAM Kebangsaan, Rashdan Rashid.

Beliau berkata lima sekolah rendah berhampiran turut akan dilibatkan bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kalangan murid.

"Kita mahu anak-anak sekolah menjadi duta kelestarian dan kemampanan di Hulu Selangor," katanya.

Jelasnya, kejayaan inisiatif itu bergantung kepada kerjasama berterusan semua pihak berkepentingan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati komuniti dalam jangka panjang.

Rashdan turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor serta agensi kerajaan lain yang bersama-sama menjayakan projek berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved