Kampung Ria Atas kini diwarta secara rasmi

16 Jul 2025 • 9:56 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Penantian puluhan tahun lebih 200 penduduk Kampung Ria Atas berkaitan pewartaan perkampungan berakhir apabila kampung mereka kini diwartakan secara rasminya pada 25 Jun lalu.

Salinan surat pewartaan berkenaan diserahkan oleh Pengerusi Bertindak Kampung Ria Atas Andrew Badsut kepada Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin yang diwakili Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred Vincent Marukau bertempat di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Andrew menyifatkan pewartaan terbabit sebagai hadiah terbesar buat seluruh komuniti hasil kerjasama erat antara penduduk serta pihak berkuasa.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah lelah membantu memperjuangkan status rasmi kampung ini.

“Ia adalah kemenangan rakyat yang lahir daripada semangat muafakat.

“Ini bukan hanya pengesahan hitam putih di atas kertas tetapi satu lambang bahawa suara rakyat luar bandar diangkat dan dihargai sekali gus generasi muda kini mempunyai masa depan yang lebih terjamin,” katanya.

Sementara itu Robert menyatakan pewartaan sesebuah kampung bukan sekadar memenuhi prosedur pentadbiran tetapi merupakan pengiktirafan terhadap hak, maruah dan identiti masyarakat luar bandar.

Menurutnya sekiranya diberi mandat beliau akan memastikan tiada kampung yang terpinggir daripada arus pembangunan.

“Kampung Ria Atas kini bukan lagi sekadar nama ia adalah simbol kekuatan, semangat dan kesungguhan rakyat yang tidak pernah menyerah.

“Dengan pewartaan rasmi ini Kampung Ria Atas akan menerima akses yang lebih luas kepada kemudahan asas, peruntukan pembangunan serta program kerajaan yang khusus untuk kampung tetap,” ujarnya.