Kampung Terbakar, Keluarga Pengantin Tabah Teruskan Majlis Perkahwinan Di Tawau

28 Oct 2024 • 3:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Keluarga pengantin sempat mengejutkan orang kampung untuk menyelamatkan diri pada malam kejadian

Kampung Terbakar, Keluarga Pengantin Tabah Teruskan Majlis Perkahwinan Di Tawau. Kampung Jati Batu 5, Tawau dikejutkan dengan kebakaran besar yang memusnahkan sebanyak 38 buah rumah pada awal pagi Ahad. Namun, insiden tragis ini tidak menghalang satu pasangan pengantin, Iwan dan Saidah, untuk meneruskan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada hari yang sama.

Dalam kejadian kebakaran tersebut, keluarga pengantin yang masih sibuk membuat persiapan hingga lewat malam berperanan penting dalam menyelamatkan penduduk kampung.

image is not available
Sumber: Facebook TawauSyurga

Kejadian ini telah menarik perhatian netizen media sosial

Ketika kebakaran mula merebak, mereka pantas mengejutkan jiran-jiran yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri. Tindakan pantas mereka sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko kecederaan dan kemalangan jiwa.

Majlis perkahwinan ini yang berlangsung di tengah-tengah suasana sayu dan penuh emosi turut menarik perhatian netizen apabila berita tersebut tular di laman Facebook.

Walaupun diuji dengan musibah, pasangan pengantin ini kekal tabah dan meneruskan perancangan majlis. Ramai yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan kesejahteraan pasangan pengantin dan penduduk yang terlibat dalam musibah itu.

Baca juga artikel semasa di bawah: