![Image from: Kampus Taylor’s University Dikosongkan Kerana Ancaman Bom, Polis Sahkan Keadaan Kini Selamat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Kampus-Taylors-University-Dikosongkan-Kerana-Ancaman-Bom-Polis-Sahkan-Keadaan-Kini-Selamat-Video-1-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Terbaharu, insituasi pengajian tinggi, Taylor’s University di Subang Jaya telah mengaktifkan prosedur tindak balas kecemasan susulan laporan ancaman bom yang diterima.
Susulan itu, kampus tersebut telah dikosongkan serta-merta dan akses ke kawasan kampus dihadkan sementara pihak berkuasa menjalankan penilaian keselamatan.
Polis Sahkan Lakeside Campus Kini Selamat & Sudah Boleh Teruskan Operasi
Menurut kenyataan Taylor’s University di laman Instagram, Polis Daerah Subang Jaya kemudiannya mengesahkan bahawa keadaan sudah kembali selamat dan terkawal selepas menjalankan pemeriksaan menyeluruh.
“Lakeside Campus kini selamat dan operasi seperti biasa boleh diteruskan,” kata Taylor’s University.
Taylor’s University Puji Tindakan Pantas Semua Pihak Sepanjang Proses Mengosongkan Kampus
Dalam pada itu, institusi pengajian terbabit turut menghargai kerjasama dan tindakan pantas semua pihak sepanjang kejadian cemas itu berlaku.
Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelajar, kakitangan, pengunjung, pasukan penyelamat serta pihak berkuasa atas kerjasama, tindakan pantas dan profesionalisme yang ditunjukkan sepanjang insiden ini. Orang ramai dinasihatkan agar hanya merujuk kepada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh institusi dan pihak berkuasa berkaitan.
Taylor’s University.
View this post on Instagram
Tular Video Pelajar Bergegas Kosongkan Kampus Taylor’s University
Sebelum ini, tular di laman Threads hantaran yang menunjukkan orang ramai terutamanya para pelajar Taylor’s University sedang bergegas mengosongkan kampus tersebut.
Memetik FMT, jurucakap institusi pengajian tinggi itu sebelum ini berkata, bangunan berkenaan dikosongkan susulan satu ‘insiden keselamatan’.
Untuk info, insiden ini berlaku sehari selepas Monash University Malaysia turut menerima ancaman bom.
View on Threads
