Kamu ada kuasa, buatlah apa sahaja – Fadhli Shaari

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 11:13 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

bersatu

PETALING JAYA: Agensi kerajaan didakwa digunakan untuk menindas pihak lawan dipercayai susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua aktiviti Perikatan Nasional (PN), berkuat kuasa semalam.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihak yang mempunyai kuasa ketika ini boleh melakukan apa sahaja, namun beliau mengingatkan keadaan itu boleh berubah apabila berlaku pertukaran pemerintahan.

“Kamu ada kuasa buatlah apa sahaja, segala agensi kerajaan kamu gunakan untuk menindas lawan.

“Tetapi ingatlah akan tiba masa kamu pula berada di bawah nanti,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, RoS mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa 23 September lalu di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.

Menurut RoS, tindakan itu diambil susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September lalu bagi mendapatkan penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

RoS menjelaskan, penggantungan tersebut merupakan tindakan sementara dan bukan pembatalan pendaftaran PN.

PN kini perlu memberikan penjelasan berhubung aduan berkenaan sebelum RoS membuat sebarang keputusan atau tindakan lanjut.

Perkembangan itu berlaku ketika PN turut berdepan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan dibubarkan.

Penggantungan berkenaan turut menimbulkan persoalan mengenai implikasinya terhadap aktiviti dan urusan PN sepanjang tempoh perintah tersebut. – UTUSAN

The post Kamu ada kuasa, buatlah apa sahaja – Fadhli Shaari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved