‘Kamu buat boleh, tak kan kami tak boleh’ – Dr. Akmal

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 9:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kamu buat boleh, tak kan kami tak boleh’ – Dr. Akmal

REMBAU – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan Barisan Nasional (BN) berhak menentukan bentuk kerjasama politiknya tanpa perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, tidak timbul isu tidak menghormati rakan dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya BN memilih untuk bekerjasama dengan parti lain dalam keadaan tertentu.

“Apa yang tidak hormatnya? Saya mahu tahu apa yang tidak hormat sedangkan di Sabah, Warisan berada dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi Warisan juga melawan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

“Jadi, dalam politik saya rasa tidak ada salahnya. Perlu diketahui antara BN dan PH tidak ada satu pun persefahaman mengenai persamaan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Santai Ngoca Sawah di Sungai Serai, Semerbok di sini, petang tadi.

Menurut Dr. Akmal, BN mempunyai hak untuk menentukan haluan dan bentuk kerjasama politiknya, sebagaimana PH turut bebas membuat keputusan sendiri.

“BN adalah hak kami. Kalau PH mahu bekerja bersama pihak lain, itu hak mereka,” katanya.

Beliau turut memberikan contoh situasi politik di Sabah apabila UMNO dan BN membuat ketetapan untuk tidak bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun Pakatan Harapan memilih untuk menjalin kerjasama dengan gabungan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kamu buat boleh, tak kan kami tak boleh’ – Dr. Akmal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved