“Kamu Semua Patut Pergi..” – Dikatakan Sedang Bergaduh, Jessi & Jay Park Tampil Beri Kenyataan

Music
7 Dec 2023 • 10:23 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Jessi dan Jay Park telah membalas dakwaan yang mengatakan bahawa mereka mengalami perselisihan faham.

Tular baru-baru ini selepas ada laporan yang mengatakan bahawa Jessi sedang di dalam proses untuk membatalkan kontrak eksklusifnya bersama dengan syarikat Jay Park, MORE VISION.

Disebabkan perkara itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa kedua-dua sahabat karib itu bergaduh dan terdapat salah faham di antara mereka ketika mempromosikan lagu terbaru Jessi iaitu “Gum”.

Namun, Jessi dan Jay Park telah menangani spekulasi tersebut secara terbuka dan mengesahkan bahawa persahabatan mereka masih berada di dalam keadaan yang baik.

Di mana, Jessi telah membuat hantaran di akaun Instagramnya dan menyiarkan gambar dirinya bersama Jay Park dengan kapsyen,

Saya baru tiba di NY dan dapat tahu tentang berita kosong ini..Kamu semua patut pergi dapatkan kehidupan. Kami berdua baik sahaja di sini. Selamat bercuti semua!

image is not available

Dalam masa yang sama, Jay Park turut melakukan perkara yang sama dengan berkongsi gambarnya bersama Jessi, menguatkan lagi bukti bahawa mereka masih lagi berbaik dan tiada sebarang konflik serta perselisihan faham di antara kedua-dua mereka.

Dia menulis,

Saya dan Jessi (@jessicah_o) baik. Tidak perlu risau. Tidak ada perselisihan faham.

image is not available

Kenyataan daripada kedua-dua penyanyi ini telah menjelaskan keadaan dan memberikan respon langsung mengenai khabar angin yang tersebar.

Tak baik tau siapa yang cakap mereka berdua gaduh tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.