
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi berbakat Aina Abdul yang sering kali berdepan dengan kecaman sebelum ini kerana menggayakan fesyen yang dianggap pelik.
Baru-baru ini, Aina Abdul sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia tampil dengan busana serba kuning yang berinspirasikan traditional dalam persembahannya di Melaka.
Penampilan yang digayakan oleh Vee Mukhtaram dan persalinan yang direka oleh Ashraff Zainal itu mendapat komen positif oleh warganet yang rata-ratanya memuji imej ditunjukkan oleh penyanyi itu.
Selain itu, gambar yang dimuat naik di Instagram milik Aina turut meraih banyak tanda ‘suka’ oleh peminat berbanding foto-fotonya sebelum ini.
“Kan cantik camni. Less is more,” ujar seorang warganet.
“Cantik baju..Sedap mata memandang,” komen seorang lagi netizen memuji pakaian Aina.
Dalam pada itu, ramai rakan artis yang memuji persembahan Aina pada malam itu walaupun beliau terjatuh di atas pentas.


"Kita Ni Islam..” -Disamakan Dengan ‘Dajjal’, Baju Aina Abdul Undang Kritikan Netizen
The post “Kan Cantik Macam Ni”- Tampil Dalam Pakaian Berinspirasikan Traditional, Gaya Aina Abdul Dipuji Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

