Kanada lancar siasatan terhadap TikTok

Technology
24 Feb 2023 • 2:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TRENTON (Kanada): Kanada pada Khamis melancarkan siasatan terhadap gergasi media sosial TikTok di tengah-tengah kebimbangan syarikat induk dari China mengumpul data mengenai warga Kanada.

Pengumuman itu dibuat selepas tuntutan mahkamah di Kanada dan Amerika Syarikat telah diselesaikan, lapor Agensi Anadolu.

Menurut pesuruhjaya privasi dalam satu kenyataan, langkah itu juga diambil susulan banyak laporan media berkaitan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi di TikTok.Pesuruhjaya persekutuan ingin memastikan bahawa TikTok “mematuhi” peraturan privasi Kanada.

Pesuruhjaya juga akan menyiasat sama ada “persetujuan telah diperoleh untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi.”

“Sebahagian pengguna TikTok adalah golongan muda. Memandangkan kepentingan melindungi privasi kanak-kanak, siasatan itu akan memberi tumpuan khusus pada amalan privasi TikTok kerana ia berkaitan dengan pengguna yang lebih muda, termasuk sama ada syarikat itu mendapat kebenaran yang sah daripada pengguna ini untuk sebarang pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi mereka,” menurut pesuruhjaya itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jurucakap TikTok memberitahu Global News bahawa “privasi dan keselamatan komuniti TikTok sentiasa menjadi keutamaan.” -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved