Kanada Negara Pertama Cetak Amaran Bahaya Pada Setiap Batang Rokok

TechnologyDigital
2 Jun 2023 • 1:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rokok membahayakan kesihatan dengan dianggarkan 27,200 kematian setiap tahun disebabkan olehnya menurut Persatuan Toraks Malaysia. Oleh sebab itu gerakan Generational End Game (GEG) yang mengharamkan mereka yang lahir selepas 2005 daripada membeli bahan tembakau dilihat sebagai langkah yang baik. Kanda tidak mempunyai rancangan yang sama tetapi ia akan menjadi negara pertama yang mencetak amaran bahaya pada setiap batang rokok yang dijual.

image is not available

Sebelum ini amaran hanya dicetak pada setiap kotak rokok tetapi bermula Julai 2024 ia perlu dicetak pada setiap batang rokok yang dijual dalam kotak bersaiz “King”. Bermula penghujung April 2025 pula, ia perlu dicetak pada rokok yang dijual dalam kotak saiz biasa dan juga cerut. Amaran “asap tembakau membahayakan kanak-kanak” dicetak dalam Bahasa Inggeris dan “racun dalam setiap sedutan” pula dalam Bahasa Perancis.

image is not available

Amaran dicetak terus pada batang rokok memandangkan label pada kotak dengan imej kesan merokok tidak begitu berkesan menghalang tabiat merokok berterusan. Di Kanada, lebih 40,000 kes kematian disebabkan oleh merokok dilaporkan setiap tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved