
KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sepuluh tahun ditemukan lemas di sungai Kampung Piasau di sini, Ahad.
Mangsa, Lysbet Tom Jones ditemui pasukan penyelamat dan penduduk kampung pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8.36 pagi kira-kira 600 meter.
AdvertisementKetua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.41 petang, Sabtu.
Katanya, sepuluh anggota termasuk pegawai dikerah ke lokasi kejadian dengan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), satu pacuan empat roda dan lori.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Pasukan menjalankan operasi di sekitar sungai menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dan selaman.
“Operasi memasuki hari kedua pada Ahad menemukan mangsa dengan jarak kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas,” katanya dihubungi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan jam 9.40 pagi selepas memastikan tiada punca bahaya lain di lokasi kejadian,” ujarnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Terdahulu, mangsa dilaporkan sedang mandi-manda bersama beberapa rakannya sebelum dihanyutkan arus deras.
Turut bersama operasi SAR, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).



