Kanak-kanak 11 Tahun Jadi Punca Kehamilan Sepupu -Polis Kelantan

LocalFamily & Parenting
9 Apr 2025 • 4:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis Kelantan melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun dipercayai telah menyebabkan kehamilan sepupunya yang berusia 15 tahun hasil daripada hubungan bawah umur dan atas dasar suka sama suka.

Polis Kelatan tahan kanak-kanak lelaki usia 11 tahun

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kanak-kanak lelaki itu telah ditahan untuk siasatan, manakala sepupunya diserahkan kepada JKM susulan kejadian yang dilaporkan minggu lalu.

image is not available

Kredit foto: Sinar Harian

Polis Kelantan temui video tak senonoh di telefon bimbit kanak2

Hasil siasatan mendapati terdapat banyak video porno yang ditemui di dalam telefon milik kanak-kanak perempuan berkenaan.

“Hasil penemuan kami juga mendapati kanak-kanak perempuan ini sanggup merekod gambar atau video bogel mereka dan dikongsi kepada lelaki yang baru dikenali melalui media sosial.

“Masyarakat terutama ibu bapa, pihak sekolah diharap tidak cuba menyembunyikan kes rogol melibatkan sumbang mahram terutama kanak-kanak. Kena lapor pada kami,” katanya.

image is not available

Kes sumbang mahram di Kelantan membimbangkan

Menurut Mohd Yusoff, siasatan polis menunjukkan bahawa 98 peratus kes rogol yang berlaki di Kelantan berpunca daripada hubungan suka sama suka.

Lebih membimbangkan, kebanyakan kes melibatkan mangsa bawah umur dan seakan satu trend apabila kanak-kanak perempuan yang dilihat lebih aktif mendekati dan mencari lelaki, termasuklah melalui platform media sosial.

“Kes sumbang mahram di Kelantan sangat membimbangkan, apabila saban tahun kejadian rogol melibatkan bawah umur yang dilaporkan adalah kerana suka sama suka, bukannya paksaan.

“Tahun lepas sebanyak 252 kes direkodkan manakala tahun sebelumnya 206 kes (2023). Tahun ini, dari Januari hingga Mac sudah meningkat 15.6 peratus jika dibandingkan tempoh yang sama pada 2024,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Rabu.

image is not available

Jelasnya, hasil kajian pihak polis mendapati bahawa faktor seperti konflik keluarga, hubungan cinta, pendedahan kepada video atau gambar lucah, kurangnya didikan agama, pengaruh rakan sebaya, serta penggunaan dadah antara punca utama berlakunya perbuatan terkutuk tersebut.

Beliau turut mendedahkan bahawa 30 peratus daripada kes tersebut melibatkan unsur penggunaan dadah, berdasarkan hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)