Kanak-kanak 11 tahun maut ditetak di Felda Sahabat

25 Sep 2023 • 12:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut ditetak rakan kepada bapa tirinya di rumah mereka di kuarters pekerja Felda Sahabat 30, di sini, Sabtu lepas.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa ditinggalkan di bawah pengawasan suspek ketika ibu bapanya keluar bekerja sebagai pekerja am di ladang itu.

Ketua Polis Daerah, ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pergi ke lokasi untuk menyiasat.

“Polis menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berlumuran darah dengan kesan luka akibat terkena benda tajam dipercayai parang di belakang kepala, depan dan belakang leher manakala tangan kirinya putus.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan suspek, seorang lelaki warga Indonesia berusia 33 tahun dikenali sebagai Paulus Poka Lolo,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam Sabtu lepas.

Menurut Rohan, suspek turut bekerja sebagai pekerja am di ladang itu menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Rohan turut meminta kerjasama orang ramai khususnya di kawasan Felda Sahabat untuk menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah ASP Kharuddin Hussain di talian 013-9071709 bagi membantu mengesan suspek (gambar).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.