Kanak-kanak 12 tahun maut dipijak gajah

9 Jan 2023 • 7:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUANTAN - Kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan maut akibat dipijak gajah dalam kejadian di Pos Sinderut Lipis pada Isnin.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui satu hantaran di Facebook rasminya memaklumkan menerima perkhabaran sedih itu.

Beliau memaklumkan sudah mengarahkan Unit Hal Ehwal Orang Asli, Pejabat Menteri Besar Pahang untuk menziarahi keluarga mangsa serta menyampaikan sumbangan.

"Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa dan saya berharap mereka tabah menerima ujian ini," tulisnya pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.