Kanak-Kanak 12 Tahun Maut, Jatuh Dari Tingkat 6 PPR 

21 Apr 2025 • 10:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mangsa disahkan mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada jam 2.24 petang.

"Siasatan sedang dijalankan dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan tiada saksi yang melihat kejadian tersebut selain tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. - BERNAMA