Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Jatuh Kondominium

22 Jun 2022 • 7:55 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang kanak-kanak maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Taman Segambut SPPK, hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Taman Segambut SPPK di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 3.30 petang.

“Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak itu ditemui terjatuh di tingkat 10 bangunan berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya menerusi kenyataan hari ini sambil memaklumkan ibu kepada mangsa adalah wanita tempatan berusia 32 tahun.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak terbabit,” ujarnya. – Getaran, 22 Jun 2022