Kanak-Kanak 3 Tahun Maut, Terjatuh Dari Tingkat 6 Pangsapuri

LocalFamily & Parenting
23 Aug 2025 • 5:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Polis siasat gambarwanita mediasosial dijual ohmedia

Satu kejadian menyayat hati berlaku di Kota Damansara apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam pangsapuri, Khamis lepas.

Menurut laporan Kosmo, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan sekitar 4.42 petang berhubung insiden tersebut dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar.

Mangsa ditemui terbaring di laluan pejalan kaki oleh orang awam sebelum kejadian dimaklumkan kepada polis. Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis sahkan siasatan dibuka

image is not available

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat enam pangsapuri terbabit.

Polis kini telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan orang ramai diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Petaling Jaya (03-7966 2222) atau Inspektor Ainaa Athira (010-2762186).

Tular di Threads

image is not available

Terdahulu, seorang pengguna Threads turut memaklumkan tentang kejadian tragis ini yang melibatkan kanak-kanak tiga tahun berkenaan.

Pssttt! Ibu bapa dan penjaga perlu lebih peka terhadap keselamatan anak kecil, terutamanya di kediaman bertingkat. Sekelip mata sahaja, tragedi boleh berlaku.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.