Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Dipercayai Jatuh Dari Tingkat 16

16 Jul 2024 • 11:48 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PUTRAJAYA, 16 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bilik tidur utama di tingkat 16 sebuah perumahan di Presint 9, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abd Aziz berkata polis menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.

Beliau berkata semasa kejadian bapa kanak-kanak itu yang merupakan seorang penolong akauntan telah keluar menghantar kakak kanak-kanak itu ke sekolah berdekatan, manakala ibu kanak-kanak itu, seorang guru tadika, telah keluar bekerja.

“Kanak-kanak itu merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jenazah kanak-kanak itu kini berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.

Sumber: BERNAMA