Kanak-kanak 5 tahun maut tertusuk besi ampaian di rumah

9 Jan 2024 • 2:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas dipercayai tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartmen. Gambar hiasan, gambar kecil: Hussein

GOMBAK - Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas dipercayai tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartmen dekat Batu Caves, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati mangsa bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah.

"Semasa bermain, mangsa tertusuk besi ampaian di bahagian leher.

"Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke HTA, tetapi disahkan meninggal dunia," katanya pada Selasa.

Tambah Hussein, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved