Kanak-kanak 6 tahun hilang dari pusat beli belah JB

21 Jul 2024 • 3:13 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang dari sebuah pusat beli belah di Johor Bahru, semalam.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8.30 malam Sabtu, di mana kanak-kanak bernama Liao Ka Hui terpisah daripada keluarganya.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju berwarna putih, tertera gambar Micky Mouse berwarna merah jambu di bahagian depan baju.

Difahamkan, ibu bapanya telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, diminta segera menghubungi ibu bapanya di talian 016-9540623.