Kanak-kanak 9 tahun rentung dalam kebakaran, lima melecur

7 Mar 2026 • 10:39 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 MAC: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Sentosa Indah, Sri Aman, Kuching awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.02 pagi dan terdapat enam mangsa di dalam rumah terbabit semasa kejadian berlaku, lapor Berita Harian.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang tiba di lokasi mendapati kebakaran itu membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang terbakar 100 peratus," katanya menerusi kenyataan.

Pemeriksaan menemukan seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan rentung di tingkat atas rumah dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut JBPM Sarawak, seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang lelaki berusia 65 tahun didapati melecur pada badan dan dihantar ke Hospital Sri Aman.

"Tiga mangsa lain iaitu wanita berusia 40 tahun, remaja perempuan berusia 13 tahun serta remaja lelaki 15 tahun yang melecur pada bahagian kaki telah dihantar ke hospital oleh orang awam," menurut kenyataan itu.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved