Kanak-Kanak 9 Tahun Temui Ajal Gara-Gara Tercekik Rambutan

23 Aug 2023 • 7:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Saluran pernafasan tersumbat

Kanak-Kanak 9 Tahun Temui Ajal Gara-Gara Tercekik Rambutan. Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai akibat tercekik buah rambutan semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd Rahman berkata, mangsa, Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia oleh Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran sekitar jam 8 malam.

image is not available
Kanak-Kanak 9 Tahun Temui Ajal Gara-Gara Tercekik Rambutan. Kredit: Facebook

“Doktor di klinik berkenaan telah mengeluarkan buah rambutan dari mulut mangsa sebelum jenazah dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

“Bedah siasat mengesahkan kematian mangsa akibat salur pernafasan tersumbat disebabkan oleh sesuatu objek,” katanya semasa dihubungi.

image is not available

Norzamri berkata, polis mengklasifikasikan kematian mangsa yang beralamat di Kampung Sungai Ling Luar, Maran sebagai mati mengejut.

Jenazah mangsa yang merupakan pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran.

Baca lagi artikel menarik: