
SEMPORNA: Lima orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera dalam kemalangan membabitkan Proton Iswara di Jalan Kalumpang, Ladang Pinang, di sini, Ahad.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.47 pagi melalui MERS999.
Katanya, satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati lapan orang terlibat, lima daripadanya cedera manakala tiga lagi tidak mengalami kecederaan.
“Mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan dan diberikan rawatan awal sebelum mereka dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata jabatan itu.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Pasukan itu menamatkan operasi jam 9.56 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

