Kanak-kanak dicampak bapa dari jejambat stabil

9 Aug 2022 • 10:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang kritikal berikutan dicampak bapanya dari sebuah jejambat berketinggian 20 meter, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), 2 Ogos lalu dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kanak-kanak warga Myanmar itu telah dibenarkan keluar dari unit rawatan rapi (ICU) pada Isnin. "Kanak-kanak lelaki berkenaan telah keluar dari ICU semalam dan kini berada di wad kanak-kanak untuk pemerhatian lanjut. "Sekarang kita sedang tunggu untuk temu bual kanak-kanak itu bagi ambil keterangan dan selepas itu boleh rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Pada 3 Ogos Sinar Harian melaporkan, hasil temu bual ke atas ibu mangsa, masalah mental dipercayai punca bapa kanak-kanak malang itu tergamak mencampak tiga anaknya dari jejambat setinggi 20 meter di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sebelum terjatuh di tempat sama. Berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun itu dilihat berjalan sambil menggendong seorang kanak-kanak manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangannya. Polis dalam kenyataan berkata, kesemua kanak-kanak dan suspek terbabit ditemui berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya di sini. Kesemua mangsa dipercayai warga Myanmar kerana pemeriksaan di lokasi menemui dua kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) untuk orang pelarian milik suspek dan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved