Kanak-Kanak Dilapor Dilarang Sertai Musim Haji 2025 – Kerajaan Arab Saudi

12 Feb 2025 • 10:46 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025.

Dilarang sertai musim haji 2025

image is not available

Foto: Azernews

Menurut laporan Azernews, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan keselamatan kanak-kanak memandangkan ibadah haji menarik jutaan jemaah setiap tahun, menjadikan ia sukar untuk menjamin keselamatan mereka dalam perhimpunan yang sangat besar.

“Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji,” menurut kementerian itu dalam kenyataannya baru-baru ini.

Kementerian telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan pengurusan pengalaman haji.

Inisiatif tersebut adalah termasuk kempen kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan, pengenalan sistem pintar untuk membimbing dan mengawal pergerakan jemaah ke tempat suci, serta pemodenan khemah dan laluan untuk meningkatkan keselesaan dan memudahkan pelaksanaan ibadah.

Pihak kementerian juga mengesahkan bahawa keutamaan untuk menunaikan haji akan diberikan kepada jemaah yang menunaikan haji buat kali pertama pada tahun 2025 ini.

Sumber: Azernews